Bandar terbesar di Australia, Sydney akhirnya bebas setelah hampir empat bulan berada di bawah sekatan coronavirus.
Perkhabaran positif ini telah disambut baik oleh pelabur dolar Aussie, yang mendorong matawang itu ke paras tertinggi empat minggu berbanding USD pada sesi dagangan awal minggu.
Memasuki sesi Eropah, dolar Aussie diniagakan meningkat pada sekitar harga 0.7330, diangkat oleh prospek pasaran terhadap pemulihan di negara itu kembali positif menjelang akhir tahun ini.
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekatan kini dilonggarkan untuk orang yang telah menerima vaksin sepenuhnya.
Perdana Menteri New South Wales (NSW), Dominic Perrottet menyifatkan pembukaan ibu kota Sydney itu sebagai ‘Hari Kebebasan’. Beliau memberi amaran bahawa kes jangkitan akan meningkat setelah pembukaan semula, tetapi mereka akan terus hidup dengan Covid-19.
Sementara itu di New Zealand, sekatan tahap 3 di Auckland masih diteruskan selepas ia mengumumkan peningkatan kes Covid-19. Sebanyak 60 kes baru telah direkodkan pada Ahad, dan ini adalah lonjakan besar buat negara itu.
Dolar kiwi diniagakan sedikit berubah pada 0.6940 berbanding dolar greenback, di tengah ketidakpastian mengenai Covid-19 di negara itu.