Kadar inflasi tahunan Kanada catat lonjakan pada bulan Julai setelah merosot pada bulan sebelumnya. Ini secara tidak langsung, bacaan harga pengguna telah meningkat empat bulan berturut-turut dan berada di atas julat sasaran Bank of Canada (BoC).
Indeks harga pengguna Kanada naik 3.7% berdasarkan perkiraan tahun ke tahun pada bulan Julai berdasarkan laporan statistik Kanada pada hari Rabu. Bacaan ini jauh mengatasi jangkaan pasaran yang sasarkan kenaikan 3.4% dan melonjak dari bulan sebelumnya iaitu 3.1%. Kenaikan bulan Julai menandakan kenaikan harga pengguna terbesar sejak Mei 2011.
Harga minyak gas dan kos barangan isi rumah menjadi pemacu utama yang mendorong kenaikan harga pengguna pada bulan Julai. Jika perkiraan tanpa mengambil kira harga petrol maka kadar inflasi Kanada ialah 2.8%.
Sementara itu, inflasi teras pada bulan Julai adalah 2.47%, yang merupakan tahap tertinggi sejak Mac, 2009. Inflasi teras dimaksudkan untuk mengukur perubahan harga pada barang yang tidak termasuk barang yang tidak menentu seperti makanan dan tenaga.
Bank of Canada menetapkan sasaran dasar kadar faedah pada 2%. Para penggubal polisi Bank of Canada Tiff Macklem menyatakan penggubal dasar tidak boleh terlalu banyak bertindak balas terhadap kenaikan kadar inflasi semasa kerana faktor-faktor yang mendorong kenaikan harga kebanyakannya sementara.
Matawang US dolar menyusut sebanyak 0.10% berbanding matawang Kanada kepada paras 1.2617.