Selebriti Shark Tank, Kevin O’Leary tidak berminat untuk melabur di dalam matawang kripto yang ‘tertangkap’ dengan isu undang-undang.
Mungkin, kita boleh sudah agak maksudnya berdasarkan salah satu koin yang sedang hangat ‘bertempur’ dengan Securities Exchange and Commission (SEC).
Ya, XRP.
Jelasnya dalam satu temubual bersama CNBC berkaitan SEC-Ripple Labs, pelaburan terhadap aset yang berhadapan dengan cengkaman pihak penyelia adalah satu idea yang sangat buruk kerana ia diibaratkan berjalan di atas kepingan ais, bila-bila masa sahaja akan lemas.
Leary lebih selesa memihak kepada SEC.
Pada hematnya, lebih baik pelabur berunding dengan penyelia bagi mengenalpasti apa yang mustahil dan tidak untuk koin tersebut supaya keputusan dibuat lebih masuk akal.
Perbicaraan antara dua entiti besar itu masih berlangsung. Baru-baru ini, CEO Ripple memberitahu kemenangan lebih memihak kepada mereka dan perbicaraan dijangka akan tamat pada 2022.
Figura itu juga tidak lupa untuk berkongsi pendapat mengenai stablecoins.
Menurut Leary, stablecoins yang terikat dengan dolar lebih menarik. Lagi-lagi USDC kerana koin itu menawarkan pulangan pelaburan sebanyak 6%.
Ekoran daripada itu, Leary turut memasukkan USDC ke dalam portfolionya, selain memiliki Solana (SOL), Polygon (MATIC), dan Hedera Hashgraph (HBAR).