Kementerian Kewangan Sepanyol (Ministerio de Hacienda) telah mengeluarkan amaran bahawa pendapatan dari kripto adalah pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan jika pemegang kripto gagal menyatakan pegangan mereka maka boleh dikenakan hukuman berat.
Dengan permulaan tahun kewangan baru, pejabat cukai Sepanyol memberi amaran kepada pemegang kripto di Sepanyol akan kewajipan membayar cukai kripto mereka. Menurut laporan di Telemadrid, Kementerian Kewangan Sepanyol menganggarkan bahawa kira-kira 15,000 orang Sepanyol harus mengisytiharkan pemilikan kripto dalam penyata cukai mereka.
Menurut undang-undang cukai Sepanyol, pemegang kripto akan diminta untuk membayar cukai bukan atas pembelian matawang kripto mereka, tetapi atas penjualan matawang kripto.
Seperti yang terjadi di tempat lain, Sepanyol merupakan antara negara yang merasai ledakan industri kripto, khususnya di ibu kota Madrid. Beberapa sektor industri di tempat tersebut telah membenarkan pembayaran melalui matawang kripto.
Atas dasar itu, Suruhanjaya Pasaran Sekuriti Nasional (CNMV) Sepanyol telah mengusulkan peraturan yang lebih ketat terhadap matawang kripto.