Pesuruhjaya ekonomi Kesatuan Eropah (EU), Paolo Gentiloni memberi amaran bahawa mengetatkan dasar monetari terlalu cepat akan menjadi kesalahan besar.
Bercakap di bual bicara bersama Bloomberg Television, Gentiloni mengatakan bahawa mereka perlu memantau inflasi di Zon Eropah dengan tepat, tetapi tidak membuat keputusan dengan terlalu cepat.
Ini kerana, kenaikan inflasi adalah bersifat sementara, dan beliau mengatakan langkah untuk mengetatkan dasar lebih awal akan menjadi kesilapan besar.
Rentetan daripada lonjakan inflasi yang direkodkan pada bulan lalu di Eropah, ia menyebabkan pasaran menjangkakan Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengurangkan atau sekurang-kurangnya memberi petunjuk mengenai pembelian bonnya pada mesyuarat polisi minggu ini.
Bagaimanapun, Gentiloni mengatakan Eropah mesti mengelak daripada melakukakn kesilapan yang dibuat semasa krisis kewangan yang terjadi lebih satu dekat yang lalu untuk kembali normal lebih cepat.
Selain Gentiloni, anggota Majlis Pentadbiran ECB, Yannis Stournaras juga mengingatkan supaya tidak bertindak balas terhadap lonjakan inflasi.
Dengan kebangkitan wabak Covid-19, pembuat dasar di Zon Eropah dan Amerika Syarikat mempertimbangkan risiko inflasi terhadap keperluan untuk mengekalkan pemulihan ekonomi.