Gabenor Bank of England (BoE), Andrew Bailey memberi amaran berkenaan matawang kripto yang sedia ada tidak akan kekal lama sejajar dengan pemesatan teknologi.
Balasnya dalam satu forum atas talian berkenaan matawang digital, World Economic Forum, Bailey lebih yakin dengan inovasi digital dalam sistem pembayaran yang mana dilihat akan bertahan dalam jangka masa panjang.
Jelas Bailey, dalam keadaan sekarang penggunaan matawang kripto bukanlah titik penyelesaian terakhir memandangkan kebanyakan perniagaan, pengguna dan penyelia akan memberi perhatian kepada matawang digital yang jelas lebih stabil, selamat dan direka baik sebelum sepenuhnya berpindah dari matawang fiat seperti pauns dan dolar.
“Adakah matawang kripto akan kekal? Inovasi digital dalam pembayaran – ya.
Adakah kita sudah membangunkan, mentadbir dan mengatur bagi matawang digital yang berkekalan? Tidak, saya rasa kita masih belum sampai di situ lagi.” katanya.
Malah, Bailey turut menekankan privasi transaksi aset kripto yang mana menjadi perhatian dalam kalangan penyelia dan menegaskan untuk mewujudkan ‘standard privasi transaksi’ bagi kepentingan umum.
Tidak cukup dengan itu, individu itu dilihat bimbang berkenaan privasi penggunaan stablecoin yang menjadi persoalan awam jika pembayaran mereka dibuat dalam sesuatu nilai yang stabil memandangkan ia berkait rapat dengan wang fiat, serta negara.
Bagaimanapun, tidak semua dalam BoE mempunyai pendapat yang bercanggah dengan matawang kripto. Pada November, ketua ekonomi BoE, Andy Haldane menyokong aset kripto sebagai kunci komponen kepada dasar monetary baru.