Susulan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam, US dolar dilihat susut ekoran bacaan data indeks harga pengguna yang lemah.
Namun US dolar kembali menutup dagangan sesi New York dengan peningkatan semula yang disokong kenaikan hasil perbendaharaan AS.
Pelabur waspada menjelang mesyuarat FOMC yang akan memberi impak terhadap pergerakan US dolar. Pasaran menjangkakan unjuran pertumbuhan ekonomi yang positif pada 2023 oleh Federal Reserve (Fed).
Pengukuhan yang berjaya dikekalkan oleh US dolar akan terus memberi tekanan terhadap mata wang Euro. Euro juga masih terkesan oleh laporan kesan sampingan vaksin AstraZeneca di mana beberapa negara di Eropah menangguhkan sementara program vaksinasi.
Bersambung dagangan di sesi Asia pada Rabu, US dolar masih dilihat bergerak kukuh memberi tekanan terhadap beberapa mata wang utama lain dalam pasaran.
Seperti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang membuat kenaikan pada sesi New York ke paras 1.19500 kembali menjunam semula ke zon sokongan harga 1.19000.
Zon RBS (resistance become support) itu juga akan memberi petunjuk kepada pelabur terhadap arah pergerakan seterusnya berdasarkan reaksi harga.
Sekiranya harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah, trend bearish harga pada carta EUR/USD bakal mendorong harga menuju ke zon support sekitar 1.18000.
Sebaliknya jika harga melonjak dari zon RBS tersebut dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, pelabur akan kembali melihat sebagai isyarat awal trend bullish harga.
Zon rintangan pada 1.19600 akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi harga akan menuju zon SBR 1.2000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI