Bank of England untuk memperlahankan langkah program rangsangan yang berjumlah trillion dolar dan meramalkan pemulihan yang lebih pantas bagi Britain. Walaubagaimanapun pihak bank menekankan tidak akan mengetatkan dasar monetari dalam masa terdekat.
Gabenor Andrew Bailey mengatakan bahawa ia merupakan suatu berita baik dan menunjukkan indikasi bahawa ekonomi siap untuk berkembang lebih pantas daripada ramalan sebelumnya. Walupun begitu beliau turun menekankan bahawa masih terdapat jurang ekonomi impak terhadap pra-pandemik ekonomi.
Bank pusat pula disisi lain mengatakan an mengurangkan jumlah bon yang dibelinya setiap minggu kepada 3.4 bilion pound, turun dari kadar semasa 4.4 bilion pound seminggu. Kata BoE, keputusan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai perubahan dalam sikap dasar monetari.
Setakat ini, kebanyakan bank pusat di negara-negara maju di seluruh dunia telah menekankan bahawa mereka tidak mahhu terburu-buru untuk menurunkan jumlah rangsangan yang mereka umumkan untuk merangsangkan ekonomi.
Namun Bank of Canada menyatakan pada bulan lalu menyatakan berkemungkinan akan mula menaikkan kadar pada akhir 2022 dan mengurangkan pembelian bon.
Matawang sterling masih berada di bawah paras rendah pada kadar tukaran 1.3899 berbanding US dolar.
Dean Turner, yang merupakan seorang ahli ekonomi di UBS Global Wealth Management, mengatakan pengumuman ini dan ia dapat mendorong sterling untuk membuat keuntungan lebih lanjut ini.
Bank pusat mengekalkan kadar faedah penanda arasnya pada tahap rendah sepanjang masa pada kadar 0.1% dan jumlah keseluruhan program pembelian bonnya tidak berubah pada 895 bilion pound ($ 1,24 trilion) sesuai ramalan ahli ekonomi.
Akhir sekali, BoE mengambil keputusan untuk menaikkan ramalannya untuk pertumbuhan ekonomi Britain pada tahun 2021 menjadi 7.25% dari anggaran sebelumnya sebanyak 5.0% yang dibuat pada bulan Februari.
Inflasi harga pengguna berada sedikit di bawah sasaran 2% dalam jangka masa dua tahun, berdasarkan jangkaan di pasaran kewangan yang menyaksikan kadar bank pada 0.3% pada masa itu dan 0.6% pada suku kedua tahun 2024.