Sebelum ini, Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger mengesahkan Joe Biden sebagai pemenang di negeri itu ketika pilihan raya Presiden pada 3 November lalu selepas kiraan undian dijalankan semula.
Trump telah mendakwa berlaku penipuan dalam kiraan undian di negeri-negeri yang dimenangi oleh Biden, termasuklah Georgia, masih boleh memohon kiraan undi di Georgia selepas keputusan rasmi dikeluarkan kerana margin kemenangan Biden adalah kurang daripada 0.5%.
Trump yang masih enggan mengaku kalah, menuduh berlaku penipuan undian, walaupun 60 petisyen yang dikemukakan kempennya sebelum ini, ditolak.Trump mengatakan Mahkamah Agung telah ‘benar-benar mengecewakan kita’ kerana institusi itu menolak untuk mencabar keputusan pemilihan presiden di Wisconsin, Georgia, Pennsylvania, dan Michigan, selepas tuntutan mahkamah dikemukakan oleh negeri Texas.
Pada minggu ini, Trump kembali mencabar pesaingnya dengan meneruskan kempen pilihan raya presiden bagi merebut kerusi. Dalam pidato di Dalton, Trump berikrar akan meneruskan perjuangannya untuk merebut kembali kerusi presiden. Trump juga mengulangi retorik beliau dengan mengatakan proses pemilihan sebelum ini adalah keliru.
Pada hari Rabu ini, Kongres akan menghitung undi electoral. Beberapa senator Republikan juga berikrar untuk mengunakan segala daya bagi menentang keputusan tersebut. Pemilihan Senat akan menentukan nasib majlis tertinggi di Kongres.
Pemilihan senat yang pertama Senator Republikan David Perdue akan bertanding dengan Jon Ossoff dari Demokrat dan yang kedua adalah antara Senator Republik Kelly Loeffler dengan pesaingnya Raphael Warnock. Sekiranya calon Loeffler dan Perdue berjaya mengungguli pencabar Demokrat maka Republikan dapat kembali merebut majoriti tipis di Senat.