Laporan data pertumbuhan ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK yang diterbitkan negatif pada semalam sama sekali tidak meragui matawang Pound untuk menyerlahkan penguasaan.
Matawang Pound dilihat kembali mengambil peluang untuk menyerlahkan semula penguasaannya pada sesi dagangan Rabu di kala ketidaktentuan matawang USD yang terus diheret untuk didagangkan lemah.
Namun begitu, pelabur kekal berwaspada bagi menantikan isyarat yang lebih jelas mengenai kenyataan bernada hawkish yang dilontarkan oleh Gabenor Bank of England, Andrew Bailey baru-baru ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-kenapa-usd-lemah
Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam nampaknya telah menyokong semula lonjakan harga pada carta GBP/USD selepas ia berjaya ditembusi pada awal dagangan Rabu.
Ekoran daripada itu, pergerakan harga telah pun menghasilkan lonjakan melebihi 80 pips untuk kembali menguji paras ketinggian yang dicapai pada permulaan pasaran minggu ini di paras sekitar 1.36700.
Zon SBR (support become resistance) 1.37000 kekal menjadi zon tumpuan untuk diuji untuk memberi bayangan yang ketara bagi jangkaan pergerakan harga mengukuhkan corak uptrend yang dipaparkan.
Sekiranya harga terus cemerlang mencatat lonjakan melepasi zon SBR itu, harga berkemungkinan mampu mencuba zon SBR 1.38000 dan seterusnya bakal mencipta paras tertinggi terbaharu 4 minggu.
Jika pergerakan harga pada carta GBP/USD kembali menjunam, zon RBS (resistance become support) 1.36000 akan menjadi perhatian sebelum jangkaan menguji paras sokongan minggu ini pada 1.35700.
Penurunan yang lebih ketara akan memperlihatkan harga menguji ke zon RBS yang terendah di paras 1.35000 dan akan diperhatikan oleh pelabur bagi menilai arah pergerakan harga yang sebenar.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG