Tumpuan sesi Asia hari ini terarah kepada keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang menepati ramalan pasaran dengan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%.
Bank pusat juga mengekalkan program pembelian aset berskala besar (LSAP) tidak berubah pada NZ$100 bilion.
Dolar new Zealand melonjak 0.4% dan diniagakan di sekitar harga 0.70850 berbanding US dolar susulan keputusan tersebut.
Para pembuat dasar mengatakan mereka tidak akan menarik semula rangsangan monetari sehingga yakin bahawa ia dapat mencapai sasaran inflasi dan pekerjaan secara berterusan.
Berikutan ketidakpastian daripada krisis Covid-19 yang melanda terus meningkat, ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai sasaran tersebut.
Para pembuat dasar juga mengatakan akan melihat tekanan dalam inflasi semasa, dengan sebahagian besarnya didorong oleh faktor sementara, termasuk gangguan rantaian bekalan dan harga minyak yang tinggi.
Selain itu, bank pusat menjangkakan dasar perumahan baru oleh kerajaan akan membantutkan pertumbuhan harga rumah. Tetapi ia mengatakan akan memakan masa untuk melihat kesannya terhadap inflasi dan pekerjaan.
RBNZ juga menilai prospek pertumbuhan jangka sederhana yang dilihat sama seperti senario yang ditunjukkan pada bulan Februari.
Secara keseluruhannya, para pembuat dasar bersetuju untuk mengekalkan dasar monetari semasa dan bersedia untuk menurunkan kadar faedah sekiranya diperlukan.