VeChain dilancarkan secara rasmi pada 2016 dan diasaskan oleh Sunny Lu, seorang eksekutif IT yang dahulunya merupakan CIO Louis Vuitton China.
Penciptaan VeChain (VET) terus menarik perhatian para pelabur dan pakar penganalisis kripto mengenai kemampuan teknologi ‘blockchain’ yang dilihat dapat menyelesaikan sebarang masalah dengan telus dan lebih efisien.
Ini disebabkan oleh VeChain ditubuhkan bertujuan untuk menyelesaikan beberapa masalah utama dengan pengurusan rantaian bekalan yang lebih merangkumi untuk meningkatkan kecekapan, pengesanan dan ketelusan rantaian bekalan sambil mengurangkan kos.
Melihat kepada carta VET/USDT, pergerakan harga telah pun melonjak melebihi 2,700% bermula penghujung Disember 2020 dan dengan lonjakan itu juga harga VET terus mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $0.28 pada pertengahan April 2021.
Namun kenaikan itu tidak berkekalan lama apabila harga VET kembali pamer trend penurunan selaras dengan penurunan yang terjadi pada nilai Bitcoin.
Dengan faktor itu, harga VET terus menjunam untuk kembali menguji paras sokongan sekitar harga $0.08 sebelum membuat lonjakan sedikit pada dagangan minggu ini di atas paras harga $0.10.
Pada pandangan teknikal, nampaknya pada carta harian dapat disaksikan harga VET seperti sedang memberi isyarat untuk membuat perubahan trend.
Keyakinan untuk kembali membuat kenaikan itu disokong oleh terbentuknya corak ‘bullish engulfing’ yang terjadi pada dagangan 30 Mei dan terus disokong pada dagangan 31 Mei untuk pengesahan bagi jangkaan kenaikan yang lebih tinggi.
Jangkaan seterusnya, kemungkinan jika harga VET berjaya mengekalkan rentak kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.13-$0.14 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Sasaran seterusnya sekitar zon SBR $0.17-$0.18 bakal menjadi sasaran utama kepada para pelabur untuk diuji jika harga VET berjaya untuk menembusi paras SBR $0.13-$0.14 terlebih dahulu sebelum jangkaan untuk harga VET kembali menguji paras ATH $0.28 yang pernah dicatatkan.
Sebaliknya, jika harga VET gagal untuk meneruskan rentak kenaikan, paras sokongan $0.08 bakal kembali diuji dan bakal dinilai sama ada zon sokongan tersebut mampu untuk membuat kenaikan semula atau terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah.
Setakat jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga VET susut sedikit melebihi 2% untuk didagangkan sekitar harga $0.12.
Lihat gambar carta matawang kripto VET/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.