Saham Widad Group Bhd meningkat lebih 6% dalam sesi dagangan aktif pagi ini selepas syarikat itu memperoleh kontrak bernilai RM89.8 juta untuk menaik taraf loji rawatan air di Sungai Limau di Baling, Kedah.
Pada pukul 9.28 pagi, saham Widad naik 6% atau 3 sen kepada 53 sen dengan jumlah dagangan sebanyak 26.94 juta saham bernilai RM1.46 juta.
Saham berkenaan sebelum itu menokok ke paras 53.5 sen.
Semalam, kerajaan negeri Kedah memberikan tender kepada anak syarikat milik penuh Widad iaitu Widad Builders Sdn Bhd, yang terlibat dalam aktiviti pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu.
Menurut Widad, projek terbabit dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman luar.
Tambah Widad, kontrak tersebut dijangka memberikan sumbangan positif terhadap pendapatan dan aset bersihnya sepanjang tempoh projek dari 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023.