Acapkali apabila sesuatu aset kripto mula meningkat naik dan memperoleh perhatian ramai terutama dengan lonjakan harga yang ketara, tentu sahaja ada pihak yang memiliki niat jahat. Terkini antara aset kripto yang terpalit akan isu ini ialah Shiba Inu.
Seperti mana yang ramai sedia maklum, sejak akhir Oktober, Shiba Inu merupakan aset kripto yang kerap diperkatakan kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang.Dengan melancarkan pertukaran tidak terpusat dan koleksi NFT, kripto meme itu menarik perhatian pelabur runcit kerana dilihat ia dapat menawarkan pulangan yang cepat dan besar.
Ini telah menjemput pihak tidak bertanggungjawab untuk megambil kesempatan ke atas para peminat dan pelabur Shiba Inu. Baru-baru ini telah muncul akaun palsu yang menggunakan nama yang sama.
Pihak pembangun projek Shiba Inu telah menerbitkan satu video ringkas yang menjelaskan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar akaun Telegram rasmi Shiba Inu dan telah memanfaatkan hashtag yang popular berkaitan projek tersebut.
Pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah mula membuat pengiklanan yang aktif, acara besar, bonus, hadiah dan airdop. Dimana hal ini dinafikan oleh pihak rasmi sendiri. Atas dasar itu, pihak Shiba Inu memberi amara kepada semua pelabur agar berhati-hati dengan tindakan sedemikian dan dalam masa yang sama menasihatkan agar tidak berkongsi kata kunci dompet, alamat e-mel dan kata laluan.
Selain itu, pihak Shiba Inu menggesa orang ramai agar tidak menyertai Telegram yang mencurigakan atau membalas sebarang pesanan bot dan akaun palsu.