Menuju penghujung minggu, Pound Sterling terus pamerkan penyusutan selepas data-data ekonomi tumpuan gagal menyokong pengukuhan mata wang Britain itu.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kembali membuat penurunan semula selepas lonjakan ketara harga di awal minggu mencapai ke paras rintangan 1.40000.
Harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga turut memberi isyarat untuk penurunan lebih rendah harga.
Seperti pada dagangan Khamis semalam juga, harga menguji halangan MA50 sebelum menjunam sekitar 120 pips sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1.38300 semula.
Selain tekanan oleh pengukuhan US dolar, kejatuhan harga juga terkesan oleh laporan bahawa Suruhanjaya Eropah sedang bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat vaksin AstraZeneca kerana kegagalan memenuhi penghantaran jumlah dos vaksin seperti persetujuan kontrak sebelum ini.
Kebimbangan tersebut turut mendorong penyusutan ketara Pound yang membuatkan pelabur lebih berwaspada.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-euro-gbp-jatuh-234-11am
Namun pada sesi Asia hari ini, harga sedikit meningkat dari paras 1.38300 dengan pergerakan yang lemah.
Penurunan harga dijangkakan akan ke paras lebih rendah namun zon RBS 1.38300-1.38000 masih perlu diuji dan ditembusi.
Harga yang berjaya melepasi zon tersebut dilihat akan menuju semula ke zon support pada 1.37000 berkemungkinan bersambung pada dagangan di minggu berikutnya.
Kenaikan harga pula dilihat akan menguji paras 1.39000 sebelum kenaikan yang diteruskan menguji paras rintangan 1.4000 yang masih gagal ditembusi sejak dagangan Mac lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI