Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kekal bergerak di bawah paras 1.36000 berikutan tekanan terhadap ekonomi UK berdepan krisis pandemik yang semakin kritikal.
Pound Sterling catat prestasi lemah 3 hari berturut-turut walaupun Perdana Menteri UK Boris Johnson berikan harapan tentang vaksin. Dikhabarkan sekitar 1.5 juta vaksin telah diagihkan.
Terdapat juga laporan bahawa pusat kesihatan di UK semakin berdepan cabaran sukar dengan tambahan 50% lebih tinggi pesakit di hospital berbanding kemuncak gelombang pertama jangkitan virus pada April tahun lalu.
Sementara perkembangan perjanjian Brexit turut dipantau pelabur selepas UK bersama Kesatuan Eropah (EU) pada penghujung tahun 2020 telah mencapai persetujuan dalam isu utama yang menjadi penhalang rundingan sebelum ini.
Sentimen pasaran yang berisiko dan meyokong pengukuhan US dolar turut menjadi faktor membantutkan kenaikan pada carta harga GBP/USD.
Namun sepanjang minggu ini, penurunan harga dilihat tersekat pada paras 1.35500 yang menjadi paras sokongan minggu buat harga.
Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberikan isyarat untuk harga membuat penurunan.
Jika harga gagal melepasi zon rintangan pada 1.36000, penurunan harga dijangkakan sehingga ke paras 1.35000 pada zon RBS (resistance become support).
Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan menuju pula ke zon RBS seterusnya pada 1.34000.
Namun jika harga berjaya melonjak di atas paras MA50 dan juga melepasi zon 1.36000, kenaikan harga bakal diteruskan sehingga ke paras ketinggian 1.37000 yang dicapai di awal minggu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI