Perasan atau tidak, sejak beberapa bulan yang lalu ekosistem Stellar menunjukkan pertumbuhan yang konsisten.
Laporan Stellar Development Foundation (SDF) membuktikan platform itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11% dalam jumlah akaunnya tahun ke tahun.
Manakala jumlah operasi yang diproses di rangkaian itu meningkat 100%. Begitu juga pembayaran turut menunjukkan peningkatan, dan didapati sebanyak 160% dan 84% lonjakan dalam aset relevan dengan 29 kali ganda jumlah transaksi di rangkaian yang dibuat dengan mereka.
Selain itu, SDF telah membuat pelaburan sebanyak $6.5 juta terhadap beberapa syarikat lain seperti Wyre, Cowrie Integrated System dan DSTOQ melalui Enterprise Fund.
Pada masa yang sama SDF dan Circle telah bekerjasama untuk melancarkan stablecoin USD Coin (USDC) di rangkaian Stellar, satu lagi pencapaian bagi blockchain ini.
Data daripada Glassnode menunjukkan stablecoins dan nilai pasarannya telah menunjukkan peningkatan sejajar dengan prestasi matawang kripto yang lain. Semakin tinggi permintaan terhadap aset ini, semakin banyak institusi dan pelabur runcit memasuki pasaran.
Ketika penulisan, XLM didagangkan pada $0.62, susut lebih 7% dalam 24 jam selepas mencatatkan paras tertinggi sejak 2018 pada $0.68 semalam.