Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengatakan pada hari Selasa bahawa aktiviti ekonomi telah kembali ke tahap pra Covid-19 yang disokong oleh kejayaan mereka membendung wabak dengan baik dan peningkatan permintaan global serta harga barang dan eksport yang lebih tinggi.
Peningkatan perbelanjaan pengguna dan aktiviti pembinaan yang disokong oleh rangsangan kewangan dan fiskal yang besar juga menyokong pertumbuhan pekerjaan, menurut pernyataan tahunan terbarunya yang dikeluarkan pada sesi Asia.
Bagaimanapun, menurut Gabenor Andrian Orr dan Wakil Gabenor Geoff Bascand dalam kenyataan tersebut, kelemahan dikatakan masih ada dan pemulih memerlukan sokongan kewangan dan fiskal yang berterusan.
Tambah Gabenor Orr lagi, kesinambungan pemulihan ekonomi global tetap bergantung pada keberkesanan dalam membendung Covid-19.
RBNZ merupakan salah satu ekonomi maju pertama yang memberi isyarat untuk mula mengurangkan langkah rangsangan yang digunakan untuk menyokong ekonomi dari krisis pandemik, dengan mengisyaratkan kenaikan kadar faedah pada tahun depan.
Walaupun RBNZ mengeluarkan kenyataan yang optimis, namun dolar New Zealand tetap didagangkan lebih rendah berbanding US dolar di sekitar harga 0.7030 menjelang penghujung sesi Asia.