Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada hari ini mengumumkan langkah proaktif dalam menangani pandemik Covid-19 dan mempercepatkan perkembangan ekonomi. Pada hari Isnin beliau mengumumkan bahawa semua rakyat Britain dapat dapat menjalani ujian COVID-19 dua kali seminggu dan pengedaran vaksin akan diteruskan.
Dengan ini, penganalisis menjangkakan Johson akan membuka kembali pintu sempadan dengan membenarkan orang ramai melakukan perjalanan antarabangsa. Untuk menjayakan hal ini, program vaksinasi akan terus dipergiatkan.
Ketika sebahagian besar negara Eropah mengenakan langkah ‘lockdown’ bagi menangani kes-kes yang terus menular, Johnson malah memilih untuk mengurangkan sekatan untuk bulan-bulan mendatang.
Kata Johsnon, ‘ kami terus membuat kemajuan yang baik dalam program vaksinasi dan mengurangkan sekatan dari waktu ke waktu seperti yang dirancang. Justeru ujian yang lebih cepat dan teratur adalah penting untuk memastikan usaha tersebut tidak sia-sia.
Peningkatan ujian akan membantu pegawai kesihatan untuk mengesan wabak itu kerana negara itu perlahan-lahan dibuka kembali dari sekatan yang ketat. Johnson mengesahkan bahawa semua peruncitan, perhotelan luar dan pendandan rambut dapat dibuka semula pada 12 April di England.
Matawang GBP terus mencatat pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.35% kepada paras tukaran 1.3876 setakat jam 9.15 p.m.