Reserve Bank of Australia (RBA) bimbang terhadap lanjutan dalam kadar faedah yang sangat rendah akan mendorong peminjam untuk mengambil lebih banyak hutang daripada yang dapat mereka tangani, terutamanya jika standard pinjaman menurun dan selera risiko meningkat.
Berdasarkan dokumen yang diterbitkan pada hari Jumaat di bawah permintaan Kebebasan Maklumat, RBA melihat terdapat risiko dalam keputusannya untuk mengurangkan kadar faedah di tahap terendah 0.10% dan memperkenalkan kemudahan pinjaman untuk bank serta membeli bon kerajaan.
Majlis Pengawal Selia Kewangan dikatakan akan bertindak untuk mengawal risiko sekiranya diperlukan.
RBA mengatakan bahawa pengurangan tetap 100 mata asas dalam kadar faedah telah meningkatkan harga perumahan sebenar sebanyak 30% selepas kira-kira tiga tahun.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kesan yang lebih luas dari pelonggaran dasar terhadap penyimpan dan pesara yang dibiayai sendiri.
RBA memberitahu sejak lima tahun kebelakangan ini, pendapatan dari faedah, dividen dan persaraan telah jatuh jauh di bawah purata jangka panjang, terutamanya disebabkan oleh kadar yang rendah. Namun, pada masa yang sama, ia juga diimbangi oleh harga aset yang lebih tinggi.
Adakah ini menandakan bank pusat itu akan mencari cara untuk keluar daripada kadar faedah yang rendah dan pelonggaran yang lebih luas?