Saham Pimpinan Ehsan Bhd (PEB) meningkat sebanyak 27 sen atau 16.46% ketika sesi dagangan pagi ini selepas syarikat itu memeterai perjanjian untuk memiliki 100% kepentingan ekuiti dalam reNIKOLA Holdings Sdn Bhd.
Pada pukul 9.35 pagi, saham PEB meningkat 10 sen atau 6.1% kepada RM1.74, sekali gus menjadikannya antara kaunter paling untung di Bursa Malaysia.
PEB memperoleh reNIKOLA dengan menerbitkan 348.6 juta saham baharu pada nilai RM1.07 sesaham bernilai RM373 juta.
Menurut laman web reNIKOLA, PEB memiliki dua loji solarnya di Pahang dan Perlis dengan kapasiti gabungan 43MWp.
PEB juga memiliki loji solar berkapasiti 45MWp di Pekan, Pahang pada suku kedua tahun ini dan sedang membangunkan loji dengan kapasiti 330MWp di Kedah yang dijangka siap pada suku pertama 2022.