Indeks saham Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mencatat keuntungan apabila pelabur meraikan data ekonomi yang positif dan kenyataan dari White House berkenaan perbincangan semula mengenai bil perbelanjaan sosial Presiden Joe Biden.
Pasaran dibuka sedikit mendatar namun terus mencatat keuntungan sepanjang sesi ekoran kenaikan dalam data keyakinan pengguna dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang positif.
Selain itu, pihak White House menyatakan mereka akan mengadakan perbincangan semula dengan Senator Joe Manchin, individu penting yang menyatakan ketidaksokongannya dalam meluluskan bil perbelanjaan sosial presiden AS itu.
Dalam pada itu, mata wang berisiko seperti Australia dolar pulih berbanding dolar AS sementara perbendaharaan AS menolak ancaman inflasi jangka panjang apabila keluk hasil mendatar.
Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.49% pada 35,668.3 sementara S&P 500 capai 0.63% pada 4,678.65% dan Nasdaq Composite tambah 0.66% pada 15,441.98.
Tolok saham MSCI seluruh dunia menokok 0.73%.
Menjelang cuti Krismas, dagangan menjadi perlahan ekoran pergerakan pasaran mata wang secara amnya lemah dengan indeks dolar jatuh 0.361%.
Harga minyak terus mencatat keuntungan apabila kebimbangan terhadap bekalan yang ketat dan pengeluaran di AS mengimbangi kebimbangan mengenai permintaan yang lembab telah menyaksikan minyak mentah AS naik 2.49% pada $72.89 setong dan minyak Brent tambah 1.95% pada $75.42.
Bitcoin naik 0.07% pada $48,963.06.