Sajid Javid, Setiausaha Kesihatan UK yang baru, berjanji untuk melakukan segala yang beliau mampu untuk mengembalikan semula kehidupan normal secepat mungkin dari wabak Covid-19.
Bekas Menteri Kewangan itu dilantik sebagai Setiausaha Kesihatan yang baru pada hari Ahad, bagi menggantikan Matt Hancock yang sebelum ini didakwa telah melanggar peraturan Covid-19.
Isu pelanggaran peraturan tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat UK kerana memandangkan beliau sendiri yang menetapkan arahan untuk menjaga penjarakan sosial dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19 di UK.
Dengan pelantikan Sajid Javid, beliau perlu memastikan program vaksinasi mengekalkan momentumnya, menangani penularan wabak baru berikutan penularan varian Delta dan berurusan dengan tenaga kerja kesihatan yang meminta kenaikan gaji setelah bekerja keras selama 18 bulan.
Beliau dijangka akan memberi maklumat terkini kepada para ahli parlimen mengenai bila langkah-langkah sekatan coronavirus dapat diangkat sepenuhnya di England.
Perdana Menteri Boris Johnson sebelum ini mengatakan bahawa sekatan akan dilonggarkan pada 10 Julai, tetapi turut berjanji untuk mengkaji data bagi melihat sama ada ia dapat dihapuskan dua minggu lebih awal iaitu pada 5 Julai.
Matawang pound memaparkan lonjakan pada awal sesi Eropah di atas 1.39000 berbanding US dolar, sebelum mengurangkan sedikit keuntungan.