Sejak kebelakangan ini, Terra telah menunjukkan peningkatan harga yang sangat memberangsangkan, sekaligus meletakkannya di kedudukan ke-16 dalam carta cap pasaran kripto.
Pandangan perspektif, Terra telah menghasilkan lebih 150% lonjakan pada sesi dagangan bulan Ogos dengan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $26.80 mengakhiri sesi dagangan semalam.
Terra memiliki komuniti yang agak besar kerana potensinya untuk jangka masa panjang.
Seterusnya, mari kita lihat prestasi Terra pada carta pergerakan harga LUNA/USDT.
Pergerakan harga menyokong lebih kuat apabila LUNA melepasi paras RBS (resistance become support) $22 menjadi penentu untuk LUNA membuat kenaikan lebih tinggi.
Paras tersebut merupakan zon ATH sebelum ini dimana pergerakan harga telah menguji paras tersebut beberapa kali.
Sentimen semasa juga telah menyokong pergerakan harga dimana BTC mempamerkan harga yang positif sejak kebelakangan ini.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dapat dilihat masih mengekalkan pergerakan yang positif sama ada membuat correction atau bakal membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Menurut ramalan penganalisis, LUNA dijangka bakal membuat kenaikan untuk menguji semula zon resistance $26 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Sekiranya pergerakan harga LUNA berjaya menembusi paras rintangan tersebut, sasaran kenaikan yang lebih tinggi bakal mencatatkan ATH terbaru.
Namun, jika harga kembali menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $22 bakal diuji semula samada membuat rebound atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.
Lihat gambar carta matawang kripto LUNA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.