Rata-rata pelabur semakin resah dengan ketidaktentuan harga Bitcoin (BTC), menunding jari kepada China kerana menjadi punca utama kepada pasaran kripto yang merundum teruk.
Siapa sangka harga Bitcoin (BTC) akan jatuh semula ke paras rekod Januari dan ketika penulisan, raja kripto ini didagangkan pada $35,146 dengan penyusutan hampir 31% sejak April lalu.
Dengan cengkaman Beijing terhadap sektor kripto yang semakin ketat, turut menyekat perlombongan kripto, pakar kripto Dovey Wan mendedahkan kebanyakan pelombong China sedang bersiap untuk berpindah ke luar negara.
Mereka menyasarkan Pakistan, Kazakhstan dan beberapa negara membangun, termasuk negara yang memiliki hubangan baik dengan para usahawan China.
Berkemungkinan Pakistan, Kazakhstan dan beberapa negara yang kurang maju, termasuk memiliki hubungan yang baik dengan para usahawan China. Afrika juga turut menjadi sasaran pelombong kripto ekoran kos tenaga elektrik yang rendah.
Ketika inisiatif ini memberi jaminan masa depan yang cerah untuk sektor kripto terutama Bitcoin, penganalisis Vijay Boyapati turut menyokong bahawa lebih banyak keuntungan berbanding keburukan.
Manakan tidak, apabila kebanyakan pelabur berpindah dari China, sentimen FUD terhadap tindak-tanduk China bagi sektor kripto akan lenyap serta-merta.
Pada masa yang sama, CEO Blockstream, Adam Back menjelaskan China tidak akan menyekat Bitcoin (BTC) secara mutlak, seperti yang didakwa. Sebaliknya, masalah ini disebabkan oleh salah faham dari kesilapan terjemahan media ke media.
No, 🇨🇳China did not ban #bitcoin misreporting a standing regulatory rule. (not that it even matters there are vague "China bans bitcoin"claims every few months, which are in reality just adjusting policies), just this time it was faker than usual https://t.co/RDgNHgECjn
— Adam Back (@adam3us) May 18, 2021