China Sekali Lagi ‘Pangkah’ Sektor Kripto

3,963

Terbaru, seluruh institusi kewangan dan syarikat pembayaran di China telah disekat daripada menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan matawang kripto.

Beijing telah memberi amaran kepada para pelabur untuk tidak membuat pelaburan kripto berdasarkan spekulatif.

Ini bermakna, pihak institusi, bank, dan saluran pembayaran atas talian tidak lagi dibenarkan menawarkan apa-apa jenis perkhidmatan aset maya termasuklah pendaftaran, pelaburan dan penyelesaian matawang kripto.

Menurut tiga pertubuhan: National Internet Finance Association of China, China Banking Association, dan Payment and Clearing Association of China, pergerakan harga matawang kripto yang tidak menentu, disertai dengan pelaburan spekulatif yang meningkat, sebenarnya telah melanggar keselamatan aset orang awam dan mengganggu kenormalan industri kewangan dan ekonomi.

Setakat ini, China telah menyekat platform pertukaran kripto dan penawaran syiling permulaan (ICO), belum lagi menyekat pemilikan matawang kripto secara individu.

Sebagai rekod, negara ini mula ‘menolak’ matawang kripto bermula 2017. Ketika itu China bertindak menutup beberapa pertukaran matawang kripto tempatan dan berjaya melenyapkan pasaran spekulatif yang menyumbang 90% perlaburan Bitcoin (BTC) secara global.

Pada 2019 pula, People’s Bank of China menyekatkan sebarang akses pertukaran kripto luar negara dan domestik, termasuk beberapa laman web Initial Coin Offering.

China menyimpulkan tindakan mereka adalah berasas kerana matawang maya tidak disokong oleh ‘nilai sebenar’ ekoran harganya yang mudah dimanipulasi dan kontrak pelaburan tidak dilindungi oleh undang-undang China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat