Apa Maksud Initial Coin Offering (ICO)?

988

Dalam beberapa artikel kripto Intraday, terdapat perkataan penawaran syiling permulaan atau Initial Coin Offering (ICO). Bunyinya macam berkongsi konsep yang serupa seperti Initial Public Offering (IPO) tetapi sebenarnya tidak.

ICO dalam sektor kripto sebenarnya satu aktiviti atau cara untuk mendapatkan dana bagi projek yang dibangunkan oleh sesuatu pihak.

Ia mula diperkenalkan pada 2014 ketika dana diperlukan bagi pertumbuhan rangkaian Ethereum. Sejak daripada itu, banyak usaha kripto mencuba nasib dengan ICO.

Bukan sahaja dipraktikkan dalam kalangan firma kripto baru tetapi juga syarikat yang sudah lama bertapak turut menjalankan ICO bagi menarik lebih ramai pelabur dan meningkatkan modal bagi produk baru berasaskan blockchain.

Kebiasaannya ICO dijalankan oleh firma-firma teknologi yang mahu menerbit dan mengedarkan token. Bagaimanapun, ICO akan gagal jika dana yang dikumpul tidak mencapai jumlah dan masa yang ditetapkan. Manakala dana yang berjaya dikumpulkan akan digunakan untuk pembangunan projek.

ICO juga ada risikonya. Jika pelabur kripto berminat untuk menyertai ICO, beberapa perkara perlu dipertimbangkan:

  1. Adakah projek memerlukan blockchain/token, atau boleh diteruskan tanpa salah satu daripadanya?
  2. Adakah pasukan projek mempunyai reputasi tinggi? Apakah kemahiran yang mereka miliki untuk menjayakan projek?

Pelabur perlu tahu, sangat tidak wajar untuk melabur lebih daripada kemampuan. Beringatlah bahawa pasaran matawang kripto sangat tinggi dengan ketidaktentuan, maka tidak mustahil jika anda juga berisiko untuk berhadapan dengan kerugian besar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat