Fahami Apa Itu Blockchain

2,219

Selain daripada DeFi (Decentralized Finance), blockchain juga memainkan peranan penting dalam sistem matawang kripto. Persoalannya, adakah pelabur faham maksud sebenar blockchain?

Blockchain atau rantaian blok merupakan lejar digital yang tidak berpusat (decentralized), bertanggungjawab mengagih dan merekod data transaksi kepada blok per blok. Blok yang dibina kemudiannya akan disusun secara kronologi dan dikawal oleh kriptografi.

Bagaimana ia berfungsi?

Pelabur mesti tahu, tunjang utama bagi blockchain adalah proses ‘mining’ yang mana bergantung kepada algoritma hash (hashing algorithms).

Cuba fahami konsep mining terlebih dahulu melalui contoh dibawah:

Algoritma Bitcoin dikenali sebagai SHA-256 (Secure Hash Algorithm 256 Bits), menerima sebarang input sama ada teks, nombor, atau fail komputer seperti .jpg dan .png.

Output yang dihasilkan pula akan dikenali sebagai hash. Hash memiliki kepanjangan yang sama, 256 bits di dalam kod mesin. Jika input yang sama dimasukkan, output yang akan dihasilkan juga sama, bukannya dihasilkan secara rawak.

Jika terdapat sedikit perubahan terhadap input, output juga akan berubah sepenuhnya.

Jelas? Bagi konsep blockchain pula, cuba fahami contoh ini:

Abu berhutang dengan Ali sebanyak 2 Bitcoins. Jadi apabila Abu ingin melakukan transaksi Bitcoin kepada Ali, beliau perlu memaklumkan transaksi yang ingin dilakukan tersebut kepada semua miners di dalam rangkaian.

Di dalam transaksi tersebut, Abu perlu memberi miners (orang yang bertanggungjawab melakukan mining) alamat dan jumlah Bitcoin yang ingin diserahkan kepada Ali, termasuk nombor pengenalan digital dan nombor kunci peribadi Abu.

Sebaik sahaja transaksi disahkan, miners akan memasukkan maklumat tersebut ke dalam blok bersama transaksi yang lain dan akan mining blok, menggunakan SHA-256.

Nonce (sembarangan nombor) juga akan ditambah ke dalam blok untuk mendapatkan nilai output ‘0’. Kepantasannya bergantung kepada kekuatan pemprosesan komputer dalam rangkaian tersebut.

Setelah miner mendapat output hash yang diinginkan, mereka akan mewujudkan blok baru kepada miner yang lain. Blok baru itu akan disahkan terlebih dahulu oleh miner yang lain sebelum ditambah ke blockchain mereka.

Proses yang sama akan berlaku sehinggalah Ali menerima 2 Bitcoins yang dikirim Abu. Jika berlaku perubahan transaksi terhadap blok sebelumnya, miner perlu memulakan semula transaksi tersebut.

Terdapat dua jenis sistem untuk menubuhkan blok iaitu Proof-of-Work (PoW) dan Proof-of-Stake (PoS). PoS tidak memerlukan kuasa pemprosesan komputer yang tinggi dan ini bermakna akan berlaku penjimatan elektrik dan berpotensi untuk dipasarkan kepada skala pengguna yang lebih luas.

Disebabkan itu, Bitcoin sangat terkenal dengan ciri matawang digital tidak berpusat yang tiada had dan kebal dari sebarang penapisan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat