Apa Itu ‘DeFi’

3,772

Menceburi dunia matawang kripto, pelabur tidak akan terlepas dengan perkataan DeFi. Perkataan ringkas itu mula popular pada 2019 dengan perubahan drastik pada 2020 ketika berlaku lonjakan nilai sebanyak $6.7 bilion menerusi projek-projek DeFi.

Apa itu DeFi? Dikenali sebagai ‘Decentralized Finance’ atau dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘Kewangan Tidak Berpusat’. Ia merupakan ekosistem aplikasi kewangan yang dibangunkan di atas jaringan sistem blockchain.

Jika sebuah kerajaan atau bank menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun, permohonan pinjaman, pelaburan, pengiriman wang, pertukaran wang dan permohonan bantuan kewangan, DeFi juga memiliki ciri yang sama.

Bezanya DeFi tidak memiliki pusat kawal selia atau pihak yang menguasainya. Ini juga bermakna setiap urusan matawang kripto tidak melibatkan mana-mana pihak ketiga kerana sistem yang ditawarkan adalah rangkaian melalui perisian ‘open source‘ dan tidak berpusat, bagi tujuan membangunkan beberapa perkhidmatan kewangan dan produk.

Kesimpulannya, pemegang matawang digital memiliki hak mutlak, dapat mengakses dan menggunakannya pada bila-bila masa tanpa kawalan individu atau sebarang institusi.

Tiga fungsi utama DeFi:
⦁ Menyediakan perkhidmatan perbankan monetari.
⦁ Menyediakan platform pinjaman.
⦁ Menubuhkan instrumen kewangan canggih.

Jika dibandingkan dengan sistem kewangan tradisional yang diketahui agak kompleks, kewangan tidak berpusat (DeFi) ini sebenarnya lebih selamat dan terjamin. Bebas dari manipulasi.

Secara amnya, pengenalan DeFi telah membuka era industri kewangan yang lebih sistematik menerusi teknologi tanpa kawalan dan ‘open source‘.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat