Newbie Perlu Elak 6 Perkara Ini Jika Ingin Berjaya Sebagai Seorang Forex Trader

29,913

Biasa dengarkan, ramai yang baru terlibat dalam trade forex ni, kadang-kadang asyik rugi sahaja. Bila kita tanya, biasanya mereka akan jawab, “baru lagi trade bro, biasalah MC”

Maaf, sebenarnya MC(rugi) tu bukan biasa. Bila diulang-ulang banyak kali “cakap macam tu”, akan makan diri, dan jadi doa. Jangan “biasa MC”. Sepatutnya newbie lah paling berhati-hati. Ya lah, sebab baru saja mula trading. Jadi semua modal dan trading perlu dijaga dengan baik.

Anda seorang yang baru nak masuk bidang peperangan, takkan nak kamikaze melulu saja, betul tak? itu bunuh diri namanya.

Perkara Pertama : Tiada Matlamat Yang Jelas

Kebanyakan yang baru terlibat dalam forex, tak tahu matlamat jelas dalam trading. Kenapa anda trade forex? Berapa anda nak untung dalam sebulan? Bagaimana strategi yang ingin digunakan untuk capai keuntungan tersebut? Ada jawapan kepada persoalan ini? Kalau tiada, maksudnya anda dalam bahaya.

Biasa kalau kita tanya, “kenapa trade forex?”. Ikut member je bro, sebab member ada beritahu dia trade forex. Saja la cuba-cuba trade, macam syok dan mudah saja nak jana duit.

Jika jawapan begini, anda akan ikut kawan anda MC(rugi) sekali.

Perkara Kedua: Modal Yang Tidak Sesuai

Matlamat tidak jelas, dan apabila tak jelas, modal pulak memang hentam saja. Jadi biasanya orang baru-baru belajar forex ni akan disuruh kawan atau IB untuk depo dulu. Biasa dengar, “alah depo je dulu 50 dollar atau 100 dollar, nanti aku ajar ko pelan-pelan trade.”

Bukan pelan-pelan trade dia ajar. Dia suruh hentak lot kaw-kaw punya. Menangis kawan tu rugi. Lepas tu dia akan cakap, “biasalah baru dalam forex, mesti MC punya.”

Zzzzz

Modal forex ni kita perlu rancang. Biasakan trade demo dahulu, untuk test skill. Bila skill dah ada, baru deposit real. Dan berapa percentage yang kita nak untung dari modal tu, kena tahu. Nak selamat perlu target lebih kurang 5% ke 15% sebulan. Money management kena jaga, jangan biar drawdown tinggi. So akan jadi risiko rendah.

Ramai yang deposit USD5 untuk bermula. Tetapi tak sanggup untuk kutip USD10-USD15 sebulan sebab rasa tak berbaloi. Itu yang asyik overtrade. Selepas itu asyik deposit. Cuba total-total deposit tu, entah-entah dah capai ribu-ribu USD dan sudah jadi satu akaun besar.

Perkara Ketiga: Percaya Kepada “Beginner’s Luck”

Apa beza “luck” dengan “skill” dalam forex trading? Luck adalah anda berjaya buat untung tapi tak boleh consistent. Tambahan pula luck tu dapat dengan cara overtrade, full margin lot dia hentak untuk trade. Untung boleh jadi 1000% atau 2000%. Takkan nak mengaku itu skill?

Hanya diri sendiri boleh faham apa itu LUCK apa itu SKILL. Jangan tipu diri sendiri. Beginner’s Luck tidak akan menjadikan anda seorang forex trader yang berjaya konsisten.

Perkara Keempat: Tidak Cukup Ilmu

Ramai yang masih tak cukup ilmu terus deposit untuk mula trade. Macam saya cakap sebelum ini lah. Hari ini belajar, esok buka akaun demo, lusa terus deposit. Anda bakal buang duit anda begitu sahaja.

Forex trading ni kena belajar dahulu. Faham teknikal, faham fundamental, faham money management. Cuba demo. Test skill. Panjang masanya nak belajar dari teori dan pengalaman.

Saya sendiri merasa kemanisan forex trading selepas banyak tahun fasa belajar. Slow and steady belajar. Pastikan dalam proses pembelajaran anda tak buang duit yang banyak. Masa akan menentukannya.

Perkara Kelima: Tergopoh Gapah dalam Trading

Forex trading ini tak boleh tergopoh gapah. Jika anda ada masalah dalam membuat keputusan dalam tekanan, sila belajar kawal emosi dahulu. Mungkin permulaan anda rasa anda trade cantik sahaja, tetapi apabila price mula lawan arah dan sedikit floating, ramai tergopoh gapah terus Cut Loss position trading tersebut. Lepas tu baru sedar. “Aduhh, kenapa cut loss awal pulak.”

Stick pada trading plan. Trade dengan trading plan. Trade macam robot. Ada rule. Ada guide. Ada sistem. Baru anda akan menjadi seorang forex trader yang berjaya.

Perkara Keenam : Terus Mula dengan Akaun Real

Ramai yang mula saja dalam forex ni terus deposit akaun dengan alasan nak kena rasa real emosi ketika trading. Sedangkan ada saja broker yang sediakan no deposit bonus macam yang ditawarkan Broker SaracenMarkets ni. 

No Deposit Bonus ni kiranya sebuah akaun trading yang real, cuma kita tak perlu deposit dalam tu. Amount dalam tu broker yang bagi sebagai bonus untuk kita guna trade. Bila guna trade, untung boleh withdraw.

Tak pernah ada lagi akaun Bonus ni? Boleh buka dengan KLIK SINI – Dapat Free Akaun Ada USD5 di dalam akaun ni.

Ok, cuba fikir, ada tak rakan anda yang baru nak trade forex dan asyik rugi? Kalau ada, terus SHARE artikel ini pada diorang ya. Semoga bermanfaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat