Ini Sebab Pelabur Kripto Gembira Dengan Pengunduran Pengerusi SEC Jay Clayton

322

Dikhabarkan pengerusi semasa Securities and Exchange Commission (SEC), Jay Clayton yang berkhidmat sejak 2017 akan berundur dari jawatannya pada akhir 2020.

Berita ini disambut baik peminat kripto kerana cengkaman Clayton menyebabkan urusan yang melibatkan perundangan kripto menjadi huru-hara. Misalnya, cadangan ETF Bitcoin yang disekat dan persoalan mengenai status XRP sebagai satu sekuriti atau tidak yang masih belum diselesaikan.

Individu tersebut menjadi perhatian industri kripto susulan daripada dakwaannya mengenai initial coin offerings (ICO) sebagai cara efektif untuk pengusaha dan pihak lain mengumpul dana tanpa mengira mewakili penawaran sekuriti atau tidak.

Clayton juga telah mewujudkan pasukan penyiasatan terhadap ICO bertujuan untuk menyiasat kesalahan undang-undang sekuriti. Malah, Hub Strategik Inovasi dan Teknologi Kewangan (FinHub) telah diwujudkan bagi membantu pemegang saham pasaran untuk lebih memahami bagaimana undang-undang tersebut berfungsi dalam konteks ICO.

Tidak dinafikan individu ini merupakan penggubal undang-undang pertama yang mengetengahkan isu kripto tetapi Clayton juga dikritik kerana kekurangan kredibiliti menguruskan isu kripto.

Walaupun pihak pelabur mendesak untuk SEC mengumumkan dasar ke atas XRP, beliau gagal menjalankan undang-undang taksonomi kripto, menolak tegas dalam satu kenyataan formal pada 2019 hingga menyebabkan aset kripto seperti XRP sebagai satu sekuriti atau tidak menjadi topik hangat.

Begitu juga tindakan Clayton menolak semua cadangan Bitcoin ETF yang dikemukakan kepadanya hingga menyebabkan peminat kripto tidak berpuas hati.

Ekoran daripada sikapnya itu, barisan pakar menganggap khabar pengunduran Clayton sebagai pengerusi SEC satu berita baik memandangkan nasib industri kripto terletak di dalam genggaman pengerusi SEC.

Maka perubahan ini akan memberi impak besar terutama pengesahan ETF dan ketelusan dalam pelbagai perkara untuk akan datang.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat