Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi pada sesi New York semalam selepas bergerak mendatar sejak Selasa lalu.
Kenaikan harga lebih dipengaruhi oleh pergerakan mata wang US dolar berbanding Pound.
Walaupun terdapat faktor yang menyokong US dolar, namun masih gagal untuk mengukuhkan nilai US dolar berikutan jangkaan kenyataan dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell oleh pelabur berkenaan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) pada acara tahunan Jackson Hole yang berlangsung di hujung minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-sambung-susut
Selepas harga melonjak dari zon support 1.36000 minggu lalu, kenaikan harga telah melepasi paras 1.37000 yang kemudiannya menjadi paras sokongan terbaru harga.
Setelah mendatar di atas paras 1.37000, harga dilihat menyambung kenaikan pada sesi New York semalam untuk ke paras lebih tinggi minggu ini sekitar 1.37650 di hujung sesi.
Dengan isyarat bullish harga yang masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dilihat akan meneruskan kenaikan menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.38000.
Kenaikan harga yang melepasi zon SBR 1.38000 tersebut bakal menuju pula ke zon tumpuan 1.39000 yang menjadi rintangan minggu lalu.
Sementara, untuk situasi penurunan harga pula, paras 1.37000 kekal menjadi paras sokongan terhampir harga yang diharapkan mampu membendung kejatuhan harga lebih rendah.
Namun jika harga kekal meneruskan penurunan, zon support 1.36000 sekali lagi akan diuji dan penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 7 bulan.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG