1inch, protokol kewangan tidak berpusat (DeFi) kini bersiaran di Binance Smart Chain (BSC) sebagai satu alternatif kepada isu lonjakan harga di rangkaian Ethereum.
1inch merupakan agregator pertukaran tidak berpusat (DEX) yang dilancarkan pada 2019, bertujuan untuk mengetengahkan dagangan token yang berasaskan Ethereum seperti LINK, AAVE dan UNI.
Ia merupakan salah satu agregator terbesar dengan jumlah dagangan mencecah $450 sejak 24 jam lalu.
Token 1INCH yang kini bersiaran di BSC akan menjadi penghubung antara Binance dan rangkaian Ethereum.
Pengguna 1inch bakal mendapat akses kepada PancakeSwap, BurgerSwap, StreetSwap, Venus, StableSwap, JulSwap, BakerySwap dan beberapa DEX di Binance dan protokol peminjaman yang lain.
Binance tidak membayar apa-apa untuk integrasi tersebut tetapi akan terlibat dengan pusingan awal sekitar bulan Ogos nanti.
Peralihan itu juga menunjukkkan 1inch prihatin dengan tindakan pelombong Ethereum yang ‘memusnahkan’ rangkaian Ethereum dengan tidak menaikkan had gas blok. Malah BSC memiliki 10 kali lebih banyak gas setiap minit yang mana agak menarik bagi pengguna DeFi.
Pada awalnya, bayaran yang tinggi telah mendorong kepada sokongan untuk meningkatkan kadar gas dalam kalangan pembangun aplikasi. Namun, perkara itu mustahil untuk berlaku di Ethereum memandangkan peningkatan besar akan menyebabkan rangkaian itu terdedah dengan serangan penafian-perkhidmatan (denial-of-servise, DoS).