Pelabur menilai pasaran kripto memaparkan aksi pergerakan harga yang agak suram sejak kebelakangan ini selepas pemulihan daripada situasi ‘market crash’ pada Mei.
Walaupun aset maya terbesar seperti Bitcoin telah kehilangan lebih dari 10% nilainya sejak minggu lalu, NEAR Protocol terus mencatat pulangan yang tinggi dalam pasaran.
NEAR Protocol memulakan prestasi yang cemerlang pada minggu lalu sejak pasaran dilanda gelombang penyusutan harga sehingga menyaksikan Bitcoin susut hampir 20%, namun NEAR Protocol meningkat hampir 120% lonjakan dalam 3 hari terakhir mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $11.90 pada 9 September lalu.
Kedudukan ke-44 dalam carta kripto, memiliki permodalan pasaran lebih $4.0 bilion dengan jumlah dagangan lebih $313 juta dalam tempoh 24 jam.
Melihat daripada carta NEAR/USDT, pergerakan harga NEAR sedikit mendatar (sideway) dan bergerak perlahan di antara zon SBR (support become resistance) $10.00 dan zon RBS (resistance become support) $8.00 untuk diperdagangkan di sekitar $8.8.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih kekal dengan corak positif dan sedang berusaha untuk menuju ke zon SBR $10 walaupun berlaku penyusutan pada pergerakan harga semasa.
Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan corak positif, zon SBR $10 bakal menjadi sasaran seterusnya untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Manakala, sekiranya pergerakan harga menunjukkan corak penurunan, zon RBS $8 bakal diuji kembali sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, NEAR didagangkan pada paras harga $8.8 melonjak lebih 10% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto NEAR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.