Firo, sebuah sistem halving yang serupa dengan Bitcoin dan pernah menerima anugerah blockchain FAT 2020 untuk projek blockchain paling popular dalam Komuniti.
Sejak kebelakangan ini, Firo telah menjadi tumpuan para pelabur kerana menunjukkan satu potensi yang baik.
Pada sesi dagangan semalam, Firo telah menyaksikan lonjakan yang drastik menghasilkan 30% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $9.10.
Lonjakan tersebut telah di dorong setelah Binance mengeluarkan satu kenyataan di twitter mengenai sokongan untuk menaik taraf rangkaian dan hard fork Firo.
#Binance Will Support the @avalancheavax $AVAX and @firoorg $FIRO Network Upgrades & Hard Forkshttps://t.co/bpptSkDhcp
— Binance (@binance) August 23, 2021
Teliti kepada carta pergerakan semasa harga FIRO/USDT.
Sewaktu artikel analisa Firo dikeluarkan pada Julai yang lalu, Firo didagangkan pada paras harga $4.5, secara konsistennya Firo telah menghasilkan lebih 127% lonjakan mengakhiri sesi dagangan semalam.
Melihat sudut teknikal, pergerakan harga kini dilihat bergerak secara positif dan sedang berlegar-legar di atas paras RBS (resistance become support) pada $7.5.
Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal mencorakkan trend kenaikan, ia bakal menguji kembali paras resistance $9.0 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Namun jika harga FIRO kembali mempamerkan corak penurunan, paras SBR (support become resistance) $7.5 bakal di uji terlebih dahulu sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, FIRO/USDT didagangkan pada harga sekitar $8.3 melonjak lebih 13% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto FIRO/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.