Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD meneruskan kenaikan pada dagangan yang bersambung pada sesi pasaran Asia ke paras ketinggian terbaru.
Harga telah berjaya mengatasi paras ketinggian minggu lalu pada 1.41600 yang menjadi rintangan gagal ditembusi ketika diuji pada awal minggu.
Pound Sterling dilihat mempunyai kelebihan berbanding US dolar yang bergerak lemah pada awal minggu dengan jangkaan untuk kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) akan kekal rendah untuk tempoh lebih panjang.
Perkembangan semakin baik di UK selepas langkah pembukaan semula ekonomi. Pelonggaran sekatan pergerakan di UK juga dilihat akan terus memacu pemulihan ekonomi semula sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Pound Sterling.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-eur-gbp-meningkat-185-10am
Pada minggu lalu dilihat harga susut ke zon RBS (resistance become support) 1.40000 sebelum meningkat semula pada penghujung minggu ekoran penyusutan US dolar selepas data jualan runcit AS yang mengecewakan.
Harga yang bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah memberi isyarat untuk trend bullish semul untuk carta GBP/USD.
Setelah kenaikan awal minggu di atas paras 1.41000, dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini telah meneruskan kenaikan untuk menuju ke paras rintangan 1.42000.
Paras tersebut adalah rintangan ketika diuji pada penghujung Januari lalu dan juga merupakan paras tertinggi dicapai harga sejak April 2018.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi paras tersebut, harga bakal merekodkan paras ketinggian terbaru 3 tahun dengan jangkaan menuju paras sekitar 1.43000.
Sebaliknya, jika harga gagal lepasi rintangan 1.42000, harga bakal susut semula ke paras tumpuan 1.41000 atau penurunan lebih rendah kembali semula ke zon RBS 1.40000.
Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut untuk isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.
Pada minggu ini, pelabur juga perlu berwaspada untuk pergerakan Pound menjelang laporan data pekerjaan UK dan juga data inflasi UK.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI