Dolar greenback kembali memacu harga pada carta pasangan matawang USD/JPY untuk menampilkan pendakian menuju semula ke paras tertinggi 19 bulan yang dicapai minggu lalu pada paras 112.000.
Lonjakan pergerakan harga yang dipersembahkan dilihat hanya membuat rebounce di zon RBS (resistance become support) 111.000 untuk kembali melonjak menghampiri 100 pips.
Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang telah meningkat melepasi 1.57% telah menyokong US dolar untuk mengukuh dan mengalahkan penguasaan matawang Yen pada sebelum ini.
Pengukuhan USD turut memandu harga pada carta USD/JPY untuk didagangkan semula di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan mempamerkan trend kenaikan.
Besar kemungkinan pergerakan harga dijangka akan kembali menguji zon resistance 112.000 yang merupakan zon paling kukuh untuk ditembusi sejak lebih daripada 1 tahun.
Sekiranya peningkatan harga melepasi paras rintangan tersebut, ia dijangka akan merangsang pergerakan harga untuk mencipta paras tertinggi terbaharu untuk tempoh dagangan 3 tahun.
Pelabur dijangka bakal menilai reaksi pergerakan harga untuk menguji semula zon yang telah menyokong semula lonjakan harga pada zon RBS 111.000 jika trend penurunan kembali tercetus.
Manakala junaman yang lebih rendah menyaksikan zon RBS berikutnya sekitar 110.000 akan dicecah semula dan bakal melihat perubahan corak downtrend yang lebih ketara.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG