Solana (SOL) masih menjadi tumpuan pelabur institusi dengan rekod aliran masuk pada minggu lepas sebanyak 86.6% atau $49.4 juta untuk tempoh 6 hingga 10 September ketika harga SOL meningkat 36%.
Secara tidak langsung, rekod di bawah pengurusan (AUM) Solana meningkat kepada $97 juta, menjadi produk pelaburan ke-5 terbesar selepas Bitcoin (~$37 bilion), Ethereum (~$14 bilion), multi-asset (~3 bilion), dan Binance ($437 juta).
Untuk pengetahuan, jumlah kumulatif bagi keseluruhan produk pelaburan kripto mencapai nilai $57.2 juta pada minggu yang sama.
Berdasarkan pemerhatian, jumlah dalam produk pelaburan telah meningkat sebanyak 143% sejak rekod terendah pada awal Julai ke paras nilai $3.8 bilion.
Selain Solana, Bitcoin (BTC) pula mencatatkan rekod yang tidak memuaskan, dengan aliran masuk berjumlah $200,000 dan Ethereum (ETH) menyaksikan aliran keluar bernilai $6.3 juta ketika harga aset itu susut 10% sepanjang minggu.
Tidak pasti di mana silapnya, Cardano (ADA) mencatatkan rekod yang mendukacitakan dengan aliran masuk yang rendah, 46% berbanding minggu sebelumnya.
Bagi multi-asset, termasuk Ripple (XRP), Polkadot (DOT), dan Bitcoin Cash (BCH) pula masing-masing menyaksikan aliran masuk berjumlah $3.2 juta, $3.1 juta, $1.7 juta, dan $600,000.