Solana (SOL) kembali memaparkan pergerakan yang mampan untuk menebus penyusutan yang direkod sejak minggu kedua September dan kebanyakan minggu pada Oktober dengan lonjakan lebih 50% dalam seminggu.
Pada Jumaat, SOL menghampiri paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang pernah direkod pada 9 September – $214.96, menyentuh $213.78.
Ketika penulisan, SOL kembali didagangkan pada $200.24 dengan lonjakan 1.43% dalam 24 jam. Ini menjadikan SOL hanya perlukan lonjakan hampir 7% untuk mencatatkan ATH terbaru.
Faktor yang mendorong kepada peningkatan mendadak ini berpunca daripada beberapa pengumuman rangkaian, termasuk pengundian umum IGNITION Hackathon yang berlangsung pada 31 Ogos – 8 Oktober 2021.
Solana boleh dikatakan gambaran tepat ‘pembunuh’ Ethereum kerana berjaya menarik lambakan projek dengan kelebihan rangkaiannya dan mungkin mampu mencantas kedudukan Cardano (ADA).
Rekod year-to-date (YTD) menunjukkan ADA meraih keuntungan lebih 1,936%. Manakala SOL mencatatkan lonjakan harga yang lebih tinggi dengan kadar 10,868%.
Ketika SOL mencatatkan lonjakan harga sehingga $200 daripada $1.49 pada 1 Januari, ADA pula cuma merekodkan pergerakan harga yang sederhana bermula $0.17 kepada $2.14. Manakala Ethereum (ETH) mencatatkan lonjakan sehingga $4,132 daripada harga terendah $714 dengan lonjakan lebih 500%.