Stacks (STX) berperanan sebagai penyelesaian blockchain lapisan-1 yang direka untuk membawa kontrak pintar dan aplikasi yang tidak berpusat (DApps) kepada Bitcoin (BTC).
Kontrak pintar ini dibawa ke Bitcoin tanpa mengubah mana-mana ciri yang menjadikannya begitu kuat, termasuk keselamatan dan kestabilannya.
Dilancarkan pada suku tahun (Q4) 2020 oleh syarikat Blockstack PBC, yang diasaskan oleh Muneeb Ali dan Ryan Shea.
Menariknya, sistem Stacks diteraskan melalui teknologi Bitcoin (BTC) untuk menjadikannya lebih kuat, tanpa perlu fork atau menukar asal blockchain Bitcoin dengan menyambung terus blockchain Bitcoin melalui proof-of-transfer (POX).
Selain itu, Stacks adalah matawang kripto pertama yang menerima kelayakan SEC untuk dijual di Amerika Syarikat dengan melancarkan tawaran jualan tunai $28 juta Reg A+ untuk token STX pada Julai 2019.
Selanjutnya, meneliti carta pergerakan harga STX/USDT.
STX mempamerkan rekod pasaran yang baik dengan menghasilkan kenaikan harga lebih 500% dalam tempoh 4 bulan bermula Januari hingga April 2021 dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $2.82.
Setelah itu, STX gagal mengekalkan rentak kenaikan sehingga menyusut ke zon SBR (support become resistance) sekitar $0.90 pada penghujung bulan Mei.
Pada pembukaan pasaran bulan Jun, pergerakan mendatar (sideway) STX untuk menyaksikan corak kenaikan gagal diteruskan sehingga susut ke paras sokongan sekitar $0.60.
Penganalisa kripto menjangkakan, jika STX dapat melepasi paras sokongan sekitar $0.70, pergerakan harga dijangka bakal membuat kenaikan semula ke zon SBR (support become resistance) sekitar $0.90 tersebut sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Namun, jika harga STX kekal menyaksikan trend bearish, risiko untuk melepasi paras terendah $0.50 adalah besar yang berkemungkinan meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah di catatkan sebelum ini atau membuat rebound semula.
Lihat gambar carta matawang kripto STX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.