Harga saham Supermax Corp Bhd mempamerkan kenaikan sebanyak 15 sen atau 4.87% kepada RM3.23 pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini.
Lonjakan dipacu setelah syarikat itu mengumumkan dividen khas 15 sen sesaham dan mencatatkan keuntungan bersih ke paras tertinggi pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021.
Supermax telah memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM3.81 bilion daripada RM524.8 juta yang dicapai pada tahun lalu dek kerana permintaan sarung tangan yang terus meningkat.
Pada waktu rehat tengah hari, harga saham Supermax kekal meningkat 2.27% kepada RM3.15.
Ketika mencapai paras RM3.20, kumpulan itu telah meraih permodalan pasaran sekitar RM8.32 bilion berdasarkan 2.6 bilion saham syarikat yang diterbitkan.
Menurut laporan penyelidikan yang dikeluarkan, jangkaan penurunan harga jualan (ASP) berkemungkinan akan dihadapi oleh pengeluar sarung tangan getah itu.
Penganalisis TA Securities Holdings Bhd, Tan Kong Jin berkata meskipun gelombang Covid-19 baharu di peringkat global, ASP sarung tangan terus berada dalam aliran menurun.
Menurutnya, faktor tersebut dipengaruhi oleh persaingan pasaran dan pada kini lebih banyak kapasiti baharu yang tersedia di pasaran.
Namun begitu, Supermax mengatakan bahawa pihaknya berharap agar permintaan sarung tangan sebagai alat pelindung diri akan terus meningkat di kala dunia terus memerangi wabak Covid-19.
Kumpulan itu juga melaporkan pendapatan penuh melonjak kepada RM7.16 bilion pada tahun kewangan kali ini berbanding RM2.13 pada tahun lalu.