SushiSwap (SUSHI) rasmi mengintegrasikan suapan data harga Chainlink (LINK) di platform Binance Smart Chain (BSC) dan Ethereum (ETH).
Kini SushiSwap menfokuskan kepada platform pinjaman baharunya, Kashi.
Kashi memainkan peranan sebagai protokol perdagangan pinjaman dan margin. Pada masa yang sama, setiap pasaran di Kashi akan membentuk identiti terpisah dengan mengurangkan risiko aset yang memperlahankan keseluruhan protokol.
Integrasi tersebut bertujuan untuk menyediakan penilaian aset terkini dengan lebih tepat kepada beberapa pasaran Kashi. Langkah ini dilihat akan melindungi daripada berada di bawah cagaran ketika pinjaman atau kecairan.
Sementara itu, PancakeSwap pada awal April mencatatkan jumlah dagangan harian tertinggi sekaligus memintas beberapa pertukaran berpusat (centralized exchanges)
Tidak cukup dengan itu pada awal April, PancakeSwap mencatatkan jumlah dagangan harian tertinggi, memintas beberapa pertukaran berpusat dalam senarai 10 teratas untuk tempoh 24 jam sahaja.
Ketika itu PancakeSwap menyaksikan rekod jumlah dagangan sebanyak $3.21 bilion, tiga kali ganda daripada nilai yang didagangkan di Uniswap yang mana cuma $1.14 bilion.