Solana (SOL) dipercayai sebagai pesaing jangka panjang untuk Ethereum kini merupakan rangkaian yang paling banyak digunakan untuk aplikasi seperti kewangan terdesentralisasi dan koleksi digital.
Baru-baru ini, Solana telah melonjak ke kedudukan ke-6 dalam carta pasaran kripto, antara 10 matawang teratas terbesar di dunia telah menewaskan Dogecoin dan XRP.
Sesi dagangan bulan september, Solana telah menghasilkan 105% lonjakan dengan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru berturut-turut sehingga kini.
Bagaimanapun, pergerakan positif Solana telah didorong oleh beberapa faktor yang dikongsikan pada artikel sebelum ini!
Meneliti kepada carta SOL/USDT, pergerakan harga dilihat kekal meroket ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu di paras harga $216 dalam beberapa jam yang lalu ketika artikel ini disiarkan.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal positif dengan trend bullish dan sedang berlegar-legar di paras resistance $210.
Sekiranya SOL kekal dengan trend bullish, pergerakan harga bakal menembusi paras resistance $210 tersebut dan membuat ATH terbaru secara berterusan.
Namun, jika pergerakan harga SOL kembali menunjukkan trend bearish, paras RBS (resistance become support) $190 bakal di uji semula samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.
Ketika penulisan, SOL didagangkan pada paras harga $208 melonjak lebih 19% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto SOL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.