Bank pusat Perancis dan Switzerland telah bekerjasama untuk melancarkan uji kaji Switzerland telah bekerjasama untuk melancarkan percubaan. Kedua-dua bank pusat telah bekerjasama dengan beberapa bank perdagangan termasuk UBS Group AG, Credit Suisse Group AG, Accenture Plc, dan Natixis SA untuk menguji matawang kripto bank pusat (CBDC).
Usaha kerjasama tersebut dilancarkan di bawah projek hub inovasi. Benoit Coeure, ketua BIS Innovation Hub mengatakan bahawa,
“Kumpulan G20 telah mengorak langkah yang lebih terkehadapan dalam mengadaptasi kripto. G20 telah menjadikan pembayaran rentas sempadan ini sebagai satu keutamaan. Eksperimen ini akan memberi data yang lebih tepat mengenai penggunaan CBDC dari segi kecekapan, ketelusan kecepatan penggunaan CBDC .”
Percubaan komersial akan menguji fungsi pengiriman wang kripto rentas sempadan dan pertukaran instrumen kewangan terhadap CBDC dan Euro. Walauabagaimanapun, Bank Negara Switzerland dan Bank of France mengingatkan bahawa pasaran tidak boleh melihat ini sebagai jaminan bahawa CBDC akan diterbitkan secara bersepadu dalam jangka masa terdekat .Akan tetapi dengan eksperimen nyata ini ia membawa indikasi bahawa Bank Pusat semakin serius untuk mengaplikasikan kripto.
Selain percubaan yang dilakukan oleh China, percubaan yang dilakukan oleh bank pusat Perancis dan Switzerland adalah percubaan yang utama dan besar. Sebelum ini, pasaran juga dikejutkan dengan pengumuman Rusia yang akan memulakan percubaan penggunaan CBDC pada tahun 2022.Korea Selatan dan Jepun juga dijangka akan memulakan percubaan mereka dalam tahun yang sama.
China kini mengguli dalam perkembangan CBDC setelah mula mengujinya secara besar-besaran sejak tahun 2019. Dalam masa yang sama, mesyuarat G-20 baru-baru ini juga membincangkan rancangan CBDC dan mengusulkan peraturan bersama untuk mengawalselia CBDC.
Bitcoin kini didagangkan pada paras harga $37,251.88 seunit.