Tether (USDT) yang merupakan stablecoin terkemuka yang dilancarkan oleh Tether Limited. Ianya digelar sebagai stablecoin kerana “disokong” oleh dolar Amerika Syarikat (USD).
Tergempar, pada hari ini baru sahaja dilaporkan bahawa Tether bekemungkinan akan berhadapan masalah sekali lagi berikutan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (A.S) DOJ telah memulakan siasatan untuk menyiasat sama ada para pegawai eksekutif syarikat tersebut terlibat dalam sindiket penipuan kewangan atau tidak.
DOJ sedang dalam proses membuka kertas siasatan untuk mengumpul bahan bukti adakah para pengawai eksekutif telah menipu pihak bank. DOJ secara khusus sedang mensyaki terdapat beberapa transaksi kripto yang telah disembunyikan dari pengetahuan pihak bank. Tindakan undang-undang berpotensi mendatangkan impak besar kepada Tether dan juga kepada pasaran kripto.
Siasatan dijalankan bermula dari fasa awal dimana bank-bank di A.S menolak untuk bekerjasama dengan syarikat kripto Tether atau memproses transaksi yang berkaitan dengan kripto.
Tether memberi maklum balas bahawa pihak mereka akan memberikan kerjasama dan bersedia untuk komited dalam mematuhi proses siasatan.