Platform pertukaran kripto terbesar, Binance mengumumkan pemilikan Swipe dalam satu perkongsian blog semalam.
Swipe merupakan penyedia terkenal kad kripto Visa.
Melalui peralihan kuasa ini bermakna pengguna Binance boleh membelanjakan koin-koin mereka di lebih 70 juta lokasi seluruh dunia.
Sebelum ini – 6 Julai 2020, Binance ada membuat pembelian majoriti saham Swipe dengan objektif mahu menggalakkan pertumbuhan mata wang kripto dengan menghubungkan fiat dengan aset digital.
Pemilikan saham Swipe juga akan mewujudkan persaingan dengan penyedia kripto yang lain seperti PayPal dan Mastercard yang menawarkan perkhidmatan mata wang kripto.
Swipe kini dikenali sebagai platform teknologi dan pengurus kad program Binance.
Pada masa yang sama Swipe juga berkolaborasi dengan rakan kerjasama penting untuk mengeluarkan kad bagi pasaran dan zon yang dibenarkan.
CEO Swipe, Joselito Lizarondo akan melepaskan posisinya sebagai sahaja pemilikan disahkan.
Susulan daripada pembelian saham ini, token Swipe (SXP) melonjak lebih 42% dari nilai terendah harian, $1.50 kepada nilai tertinggi harian, $2.14 pada hari ini.