Pengasas Ethereum (ETH), Vitalik Buterin mencadangkan penggunaan social recovery wallets (dompet pemulihan sosial) bagi memudahkan pengguna kripto untuk mengakses wallet terutama jika mereka terlupa atau kehilangan keys (kunci).
Social recovery wallets berfungsi seperti wallets yang biasa digunakan pengguna kripto (hot wallet atau cold wallet) tapi dengan penambahan ciri, penjaga.
Penjaga yang dimaksudkan ialah golongan individu yang berkebolehan untuk menandatangani petisyen dari pemilik asal wallet untuk pengaksesan jika pemilik kehilangan atau terlupa kunci mereka.
Mungkin kedengaran berisiko tetapi tidak. Ini kerana, identiti pemilik dengan pihak ketiga tidak akan didedahkan bagi mengelakkan sebarang risiko terhadap pemilik wallet.
Bagi Buterin, kaedah ini jauh lebih mudah berbanding menggunakan multi-signature wallets.
Tidak dinafikan konsep sistem decentralized (tidak berpusat) mungkin membawa manfaat tetapi bila-bila masa sahaja pengguna kripto berhadapan dengan kerugian besar jika mereka kehilangan atau terlupa kunci.
Perkara ini boleh jadi kepada sesiapa termasuk pakar ekonomi, Peter Schiff yang terpaksa berputih mata kehilangan Bitcoin (BTC) kerana terlupa kata laluan. Begitu juga CEO Coil, Stefan Thomas yang dilaporkan ada dua lagi percubaan log masuk sebelum kehilangan lebih $200 juta BTC.
Social recovery wallets masih belum sinonim dalam sektor kripto dan satu-satunya pengeluar terbesar yang mengaplikasikan konsep ini dalam teknologi mereka ialah HTC melalui wallet Zion.
Manakala Buterin pula mencadangkan Argent Wallet dan Loopring dengan jaminan pengalaman yang lebih lancar.