Mata wang Eropah memanfaatkan peluang untuk mencatatkan peningkatan pada dagangan awal minggu susulan penyusutan yang dipamerkan oleh US dolar.
Pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) yang positif pada laporan NFP bulan Mac dilihat gagal untuk menyuntik kekuatan US dolar, sebaliknya tekanan terus dihadapi susulan penurunan pada hasil perbendaharaan AS.
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam semakin jelas memberi isyarat untuk trend bullish selepas lonjakan ketara pada sesi New York.
Harga yang pada awalnya membuat penurunan ke paras sekitar 1.17400 kemudiannya telah melonjak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal kenaikan harga.
Seterusnya, kenaikan harga telah berjaya menembusi rintangan pada zon SBR (support become resistance) 1.18000 dengan harga hampir mencapai paras ketinggian 1.18200 sebelum bergerak perlahan di penghujung sesi New York dan menutup dagangan di sekitarnya.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia hari ini namun penganalisis menjangkakan untuk harga menyambung kenaikan lebih tinggi.
Berkemungkinan harga susut sedikit ke paras 1.18000 sebelum membuat kenaikan menuju sehingga ke zon SBR 1.19000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Pelabur juga perlu berwaspada untuk situasi penurunan semula harga sekiranya harga kembali bergerak di bawah zon 1.18000-1.17800.
Penurunan harga bakal kembali ke zon support 1.17200-1.17000 yang dicecah pada dagangan penghujung Mac.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI