Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) UK untuk suku kedua yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam dilihat gagal untuk mengukuhkan pergerakan Pound dalam pasaran.
Bacaan awal bagi pertumbuhan KDNK menepati ramalan untuk mencatatkan peningkatan pada angka bacaan kepada 4.8%.
Namun, data-data ekonomi UK yang diterbitkan bersama seperti data pengeluaran perindustrian dan pembuatan serta imbangan dagangan barangan, menunjukkan bacaan yang kurang memberangsangkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-pulih-semula
Dapat dilihat harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD untuk dagangan Khamis semalam kembali menjunam selepas lonjakan pada hari sebelumnya.
Penurunan ketara harga itu juga turut dikombinasikan oleh faktor pengukuhan semula US dolar selepas data indeks harga pengeluar AS yang diterbitkan baik semalam.
Harga kembali turun semula menguji zon support 1.38000 selepas zon tersebut gagal ditembusi pada Rabu lalu.
Pelabur akan menantikan dahulu reaksi harga pada zon 1.38000 ini untuk isyarat pergerakan harga selanjutnya.
Jika harga turun di bawah 1.38000, akan memberikan isyarat bearish harga untuk penurunan lebih rendah dengan jangkaan menuju paras sekitar 1.37000 atau lebih rendah lagi pada zon support 1.36000.
Untuk situasi kenaikan harga pula, zon SBR (support become resistance) pada 1.39000 akan terus diuji. Zon tersebut dilihat berjaya membendung kenaikan harga sepanjang minggu ini.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon SBR 1.39000 tersebut akan mendorong harga untuk menuju ke zon rintangan tumpuan 1.40000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG