THORChain (RUNE) mencatatkan peningkatan harga sebanyak 355.68% kepada paras tertinggi harian, $13.22 ketika artikel ini ditulis dari paras terendah, $2.95 pada 20 Julai.
Dua faktor lonjakan RUNE adalah berdasarkan:
- Pengaktifan semula Ethereum pools
- Perkhidmatan perdagangan bagi kesemua rangkaian blockchain yang disokong Ethereum telah diaktif semula pada 21 Oktober.
- Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), Binance Coin (BNB), Ethereum (ETH), dan Bitcoin Cash (BCH) pools.
- Sebagai rekod, aktiviti perdagangan telah disekat susulan daripada penggodaman pada April.
- Pembukaan semula aktiviti perdagangan menyaksikan jumlah dagangan hampir $2 juta bagi token standard ERC-20 dalam hanya beberapa minit sahaja.
Trading has been enabled on Ethereum chain.@THORChain restarted all 5 blockchains – $BTC, $ETH, $BNB, $LTC, $BCH.
Ethereum LP will be enabled when the pool prices are corrected.https://t.co/gNyDIEmCkL pic.twitter.com/gIJqA1fFgL
— THORSwap ⚡ #BetterThanCEX (@THORSwap) October 21, 2021
- Pelancaran token dan airdrops
- Beberapa projek baharu di THORChain akan disenaraikan di platform Thorstarter (XRUNE).
- Merangkumi beberapa produk baharu: THORSwap, THORWallet, Brokkr Finance, Skipp Swap, DeFiSwap, dan wallet
Sebagai rekod, rangkaian ini berhadapan dengan dua isu penggodaman pada Julai. Kali pertama ia digodam, mereka berputih mata dengan kehilangan aset sekitar 4,000 Ether (ETH) yang bernilai $16.5 juta (berdasarkan harga semasa 1 ETH).
Penggodaman kali kedua pula menyebabkan THORChain kehilangan $8 juta (RM33.2 juta).
Meskipun begitu, THORChain dilihat masih mencuri perhatian pelabur melalui projeknya.
Ketika penulisan, RUNE didagangkan pada $13.18 dengan peningkatan 18.46% dalam 24 jam. RUNE memerlukan lonjakan lebih 38% sebelum mencapai semula paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $21.26 pada 19 Mei.